Ingin mencari pendapatan sampingan tapi malas berniaga atau menjual produk? SLP adalah platform pilihan terbaik anda.
Bagaimana SLP menjana pendapatan untuk membayar kepada ahli-ahlinya?
Kenapa rakyat Malaysia harus memilih SLP sebagai Platform untuk mengumpul mata ganjaran ketika berbelanja.

15 Ogos 2019 - Status Stok Gift Card

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera kepada semua ahli SLP yang dihormati.

Seperti yang semua sedia maklum, kami di HQ telah kehabisan stok gift card sejak 2 minggu yang lalu. Kami sudah membuat permohonan bekalan kad yang baru kepada Petronas sejak jumlah stok kad yang tinggal mencapai minimum yang ditetapkan oleh Petronas untuk membuat permohonan bekalan kad yang baru. Namun permohonan kami tergendala berikutan berlakunya pertukaran staff Petronas yang mengendalikan program SLP.

Kami sentiasa berhubung dengan pihak Petronas untuk memastikan proses penghantaran dipercepatkan dan akan memaklumkan kepada semua ahli jika status penghantaran dikemaskini.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.